Saturday, November 10, 2012

Sayu di Pagi Sabtu

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Saturday, November 10, 2012
Seawal 8.30 pagi tadi aku keluar rumah nak ke ofis. Sampai ofis, parked kereta dan followed member pegi breakfast. perut kene isi dulu sebelum otak nak kene isikan.

Dalam duk makan tu, dikhabarkan one of staffs terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam lepas. Bile my friend sebut nama, eh sounds familiar. Rasanye itu maintenance manager.. tak kenal tapi nama nye selalu in the loop in email kalau berurusan dengan anak buah beliau.

Kemalangan yang berlaku di LPT, berhampiran Maran itu meragut nyawa isteri beliau. beliau dan anak lelaki nye yang berusia baru 5 bulan masih lagi warded. He is a nice guy.. oh, Allah sayang kan die, dilimpah dengan bermacam ujian dan dugaan.

Dikhabarkan juga, baru Jumaat lepas kereta beliau telah dipecah masuk di kawasan masjid ketika waktu solat Jumaat. Laptop dan kamera hilang. dan Jumaat malam Sabtu (09.11.12), sekali lagi musibah datang.Sayu nye mengenangkan nasib anak kecil itu. masih kecil, masih dalam tempoh menyusu, tidak sempat mengenali ibu yang melahirkannya..

Aturan Allah, siapa kite untuk melawan kan.. Pasti ada hikmah disebalik itu. Allah itu maha penyayang...

Al-Fatihah dan takziah untuk En. Fatah dan keluarga.


0 Orang Terasa Hati:

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez