Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Friday, July 27, 2012
Ape khabar iman anda hari ini?
Ada sehat hati anda hari ini?
Semoga bertambah baik semuanya di hari ke-7 Ramdhan ini.

Wah.... Im home. I mean at bonda's house..!!! Minggu lepas dah balik kota bharu. untuk meraikan Ramadhan bersama keluarga. Weekends ini juga pulang ke kota bharu. bagi mengahabiskan duit. erk? opss mengahbiskan masa terluang dengan umi and adik-adik lols.

Seminggu berRamadhan. Penat. Lelah. Melawan nafsu. Nafsu amarah. Nafsu segala macam ragam.
Berdoa pada hari pertama untuk aku menjadi lebih baik. untuk menjaadi khalifah yang solehah.. entah mungkin dapat atau tidak? sifat malas banyak lagi dalam diri ni.. Adoi!!

Dengan urusan kerja harian yang dealing dengan manusia yang pelbagai ragam. harus istighfar banyak. jangan maki. jangan maki. jangan melenting. Tetiap hari pon nak kene tenang.

Dengan cabaran mensucikan hati. Dengan ujian nak bertarawih di masjid Hadhari Paka yang crowded sampai ke tangga membuatkan aku putus angin. Dengan jadual nak khatam Quram, aku rasa macam banyak alasan jek aku create.. Tapi itu lah ujian bagai yang aku tak mampu lagi tempis. dush! dush!

Anyway, Ramdhan ni dah rasa macam mak orang dah. di Paka there are only me and adik lelaki. Tetiap petang pukul 5.00 sharp on the dot berkejar nak balik. nak tanak nasi. nak prepare juadah.
Pukul 4.00 pagi dah kene bangun untuk prepare sahur. pukul 5.00 pagi kejut si mat Akif bangun. AKu pon tak sangka aku boleh bangun pukul 4 pagi. hah kau.... nak taknak kene la buatkan. ikut hati bujang aku ni, aku telan je megi atau roti atau ape jek yang senang.

Kerana itulah betapa seronok berRamadhan di rumah bonda. bangun pukul 5.00 pagi juadah dah tersedia, siap dengan teh o panas lagi. oh yeah!

Selamat berpuasa untuk semua umat Islam! peace no war.




0 Orang Terasa Hati:

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez