Wednesday, December 15, 2010

Penat dengan segala macam ragam

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Wednesday, December 15, 2010
Penat baru lepas jogging di tasik desasiswa harmoni.
penat tak abes lagi.
dalam kepenatan fizikal, tetibe terimbau kepenatan hati dan emosi.


 Penat kalau hati ni keras. Lagi penat hati ni dalam nak cari ketenangan.
Lagi-lagi penat, susah dan payah dalam nak kejar rahmat Dia.
Kadang-kadang terasa mahu makin dekat, tapi Dia nak uji kita.
hati ni rasa makin jauh dengan pencipta-Nya.
nampak sangat hati ni memang patut rasa penat. Dulu ada kelapangan, hati ni kalah dengan nafsu.
bila rasa ada sedikit goyah, baru terkebil-kebil semula nak cari damainya.
Penat dalam kejar iman dan redha Nya. Kuatlah Duhai Hati.


Teringat cerita sang pencerita semalam.
Kepenatan emosi. Masih lagi penat.
Lagi penat dari rasa penat nya main futsal mahupu netball atau juga rowing.
Penat nya melayan segala macam ragam dan pi'il yang ada di dunia ini.
Lagi sakit emosi ni melayan ragam kawan baek sendiri.
Sadis. sanggup tikam kawan sendiri.
Parah. muka bertalam-talam. SCARY okey!
Kenapa perlu ada rasa iri hati sampai sanggup jatuhkan kawan sendiri?
itu kadang-kadang memang aku tak faham dan tak nak faham dan sangat harap aku taknak itu. (ayat pon da macam scary korang nak paham tanak paham suka hati la)
Penat nya menahan emosi memahami dan mencari erti kawan yang sebenar.
Kawan,  I know u are stronger and tougher than what i see..



Terasa nak makan eskrem and kek coklat laaa pulak....

3 Orang Terasa Hati:

liyani rasdi on December 15, 2010 at 9:30 PM said...

anda telah saya tag....sudi sudi kan lah....:)

http://aikalliyani.blogspot.com/2010/12/salam-sume.html

Cik Bee on December 15, 2010 at 11:46 PM said...

insya Allah... tapilewat sikit ok... =)

Cahaya Yang Riang Gembira on December 17, 2010 at 12:57 AM said...

Hmmmm.. Betul juge.. Kadang kita terleka dan hanyut dengan sesuatu yang entah apa-apa.. Harap tak terus hanyut dan tenggelam.. :)

P/S: Thanx biha untuk wish.. Oh ye.. Terima kasih juge sebab perasankan lagu di sidebar.. Haha.. Saja akak letak, mana tahu ada yang minat sama dengan akak.. :)

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez