Saturday, September 19, 2009

Ratu hatiku

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Saturday, September 19, 2009
Seorang ibu tak mungkin ingin melihat anak-anaknya berduka.

Seorang ibu sanggup bersusah untuk kesenangan anak-anaknya.

Seorang ibu sangat menantikan kepulangan anak-anaknya.

Seorang ibu akan mengalirkan air mata hanya kerana tidak dapat menunaikan hajat anaknya.

Percaya atau tidak, seorang ibu menangis kerana tidak dapat membelikan kasut yang dihajati anaknya
DAN
ini mungkin bagi kita soal remeh
NAMUN
tidak baginya
KERANA
kita takkan mengerti hati seorang ibu sehingga kita sendiri yang akan merasakan nya.

"Nanti da ada anak-anak, tahu lah macam mana rasenye"

Seorang ibu sangat sedih apabila melihat anak-anaknya ditimpa malang.

Seorang ibu turut merasa pedih apabila anak-anaknya dilanda masalah.

Seorang ibu mengharapkan anak-anaknya akan menjadi manusia yang lebih hebat darinya.

-------------------------------------------------------------------------------

Untungnya kita, mempunyai ibu yang sangat penyayang.

Untungnya aku mempunyai umi yang tidak sabar menantikan kepulangan anak-anaknya untuk sama-sama berbuka puasa..

~adik beradik ku 9 orang tapi, yang tinggal di rumah hanya 4....
sangat sunyi umi.
tapi, bile semua da pulang ke rumah, gamat dan serabut dengan suara-suara hu ha hu ha, dengan suara-suara tenpikan bergaduh. Itulah kemeriahannya~

Untungnya aku mempunyai seorang umi yang memikirkan menu makanan apa yang perlu disediakan untuk anak-anak yang pulang ke rumah..

~ yea yea part ni, ku selalu take advantage....
selalu jek minta itu ini, lauk itu ini...kadang-kadang umi nak beli or nak suh bibik wat, pandai jek kami adik bradik 'goreng', nak minta umi masakkan jugak... umi yang penat, kena laaa wat juga, nak tunaikan permintaan anak punye pasal. ho ho ho baik nye kami!~

Terima kasih untuk umi dan semua ibu-ibu di dunia...

* hari ni mau wat biskut raye. nak wat corn flake kelapa..ho ho ho
nanti kte tengok, jadi ke tak.. kih kih kih

1 Orang Terasa Hati:

nurul hafizah mohd shopki on September 19, 2009 at 10:06 PM said...

abeh la hangus kueh tu.ahahah

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez