pagi ni ku buat maraton blogwalking di blog sahabat PPI Putrajaya, saudara KaYRaiL FaREasT...
banyak info menarik yang kutertarik.... boleh anda kunjunginye di DestinasiMu DestinasiKu
tapi, utk kali ini, ingin ku kongsikan tentang 9 perkara tentang lelaki....
kenapa pilih artikel ini??
2-3 hari kebelakangan ini, sering ku berbalah dengan sahabat,
"Men are from Mars"
dan bile terbace artikel mengenai lelaki, wah! macam taw2 jek kan.. hehehhe
so, cek it out!
Sembilan perkara yang tidak akan terlepas:
Lelaki selalunya betul
Menakjubkan! Bagaimana lelaki tidak pernah melakukan sebarang kesalahan? Padahal wanita akan menyalahkan diri sendiri apabila daging tidak cukup masak atau tertinggal kunci rumah di pintu dan lelaki selalunya akan mencari seseorang atau apa sahaja untuk dipersalahkan.
Lelaki akan memberikan nasihat sedangkan anda hanya mahu mereka menjadi pendengar
Lelaki selalunya gagal memahami wanita. Wanita tidak semestinya mencari jalan penyelesaian untuk setiap masalah, mereka hanya mahu meluahkan tetapi lelaki mahu mencari jawapan atau penyelesaian terhadap setiap masalah yang dihadapi oleh wanita.
Lelaki mengambil kesempatan apabila stokin bersih mereka bertambah dengan tiba-tiba
Realitinya, seorang lelaki menjadi pakar memasukkan sesuatu barangan ke dalam bakul. Misalnya mereka mampu membuat balingan jarak jauh untuk memasukkan sesuatu barang ke dalam bakul dan diikuti dengan jeritan goal! Tetapi mereka gagal apabila melakukan kerja-kerja seperti memindahkan baju yang telah dibasuh dari mesin basuh ke dalam pengering atau bakul. Jika boleh mereka inginkan almari mereka dipenuhi baju-baju bersih dengan sendirinya.
Mereka tidak mampu mengikut walaupun hanya sekadar senarai membeli-belah yang mudah
Sama ada mereka akan menelefon anda semula untuk bertanyakan senarai barangan tersebut ataupun mereka pulang dengan membawa dua kilogram keju.
Lelaki ini misteri
Walaupun mereka ini tidak mengaku, mereka percaya pada prinsip bahawa wanita sepatutnya mempunyai hak dan peluang dalam hal undang-undang, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya.
Lelaki lebih suka sesat daripada bertanyakan arah
Jarang lelaki mahu berhenti dan bertanya orang apabila tidak menemui arah yang dituju.
Mereka selalu inginkan kemenangan berada di pihak mereka
Ini termasuk apabila mereka bermain dengan anak-anak. Tetapi tidak bagi seorang ibu, mereka akan membiarkan anak-anak mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Lelaki mampu menghadapi saat-saat kesukaran
Ini merupakan satu kenyataan yang betul tentang lelaki. Mereka sanggup menahan kesakitan dan hanya meminta ubat bius sekiranya tidak lagi mampu menahan kesakitan yang melampau.
Mereka perlu menumpukan perhatian kepada satu perkara pada satu masa
Mereka definisikan sebagai memberi tumpuan dan mementingkan kualiti. Bila anda menyampuk, mereka akan marahkan anda. Sebaliknya wanita pada satu-satu masa mampu melakukan 10 perkara sekali gus.
Biar apa pun alasan, pro atau kontra, manusia tidak boleh menidakkan hakikat bahawa lelaki dan wanita sememang saling memerlukan antara satu sama.
Hidup tidak akan sempurna atau lengkap tanpa ada salah seorang daripadanya. Malah dalam Islam, Allah SWT telah berfirman bahawa manusia itu diciptakan berpasang-pasangan.
Jadi tidak perlulah mengubah fitrah alam hanya atas alasan sains dan teknologi
AYAH
4 years ago
6 Orang Terasa Hati:
cool :)
mcm betul je tu sume..hehe...
hahahah,cam biasa je baca benda nie, amik kat email kan..heheheh...apa2 hal itu, memain je...jgn gaduh ngan muiz plak nanti k...daaa...
right on! im soo with you!!
ko nk tau, ade kajian jepun kate,
women can multitask but men can read the map..
walaupun laa aku x nmpk significant between multitask ngan bace map, tp berdasarkan post ko, aku rase kajian ni btul..
laki x ske ty arah-ego konon2 pandai bace map
laki xbule wat 2 keje skali- thnks to the women.! =)
i lurve nina laa.... hahahaha
n, dun wori abg tajul, ku takkan gado ngan muiz.... tp akan bebalas fakta gender =D
hahaha
byk yg betul...
rase2nye sume betul!
hahaha
Post a Comment