Monday, March 17, 2014

Rapuhnya hati

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Monday, March 17, 2014
Seorang yang bernama Nabihah Mazlan. Yang mudah terpedaya.. bile nengok balik tricks setan, memang tak disangkal, aku makhluk lemah. Mengaku beriman. Kononnya tahu yang mana benar, yang mana batil. Tapi akhirnya kecundang..


Kesemua yang listed above, rasanya memang aku pernah lalui kesemuanya. Sedih nye diri orang yang bernama Nabihah Mazlan.. tapi, selagi hidup, selagi itu peluang masih ada..

walaupun esok adalah hari pengakhiran, namun kita masih sempat untuk menanam biji benih.. mendalam kan maksud. Betapa nak tunjuk kita sentiasa ada peluang untuk bertaubat dan untuk berusaha.

Alhamdulillah, sempat berborak dengan geng kakak2 planning siang semalam. And topik nya adalah pernikahan.. satu perkongsian yang membuatkan aku rasa wow, betapa bernilainya... adalah satu pernikahan. Diriwayatkan ada sahabat di zaman Rasulullah, yang dah nak meninggal tapi beliau tetap ingin bernikah. Kenapa? Kerana beliau ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan dia berstatus bernikah. Kerana beliau ingin menyempurnakan sebahagian sunnah dan iman beliau.. betapa hebatnya orang yang benar2 menghayati makna pernikahan itu..

patut la ada 1 kawan dulu pernah bagitaw, jangan sesekali kite terdetik, takpe la aku tak kawen pon. Angkuh nye kite... sebab kalau kita tahu, kenal dan faham makna sebenar pernikahan dan seterusnya institusi baitul muslim itu, pasti takkan ada orang yang nak hidup membujang. Pasti orang muda macam kite ni berlumba-lumba nak kawin cepat.. and, it was another wake up call. Sebab kite orang muda zaman sekarang asyik fikor nak kawen. Tapi atas ape niat dan sebab, sendiri taktaw. Kote orang muda zaman sekarang, tahu nak enjoy dunia je kan.. sedih betul. Sebab aku adalah sebahagian orang muda tersebut, yang lalai dengan duniawi.

Semoga kite semua tidak terus lagho dengan ujian Allah ini. Jom kita amalkan doa yang ditinggalkan pada kite ni. Moga Allah tetapkan hati kite pada jalan kebenaran.. semoga iman dan taqwa kite meningkat dari sehari ke sehari.

~hati yang rapuh.
Mencari jalan pulang

posted from Bloggeroid

0 Orang Terasa Hati:

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez