Dear sahabat in Islam,
Insyaallah jumaat ini 7/8/2009 adalah bersamaan, 15 Syaaban. Berikut adalah sedikit maklumat about Nisfu Syaaban dan semoga kita semua beroleh manfaat.
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaban. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaaban:
1. Solat sunat nisfu syaaban
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib:
i) Yasin 1st: mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin 2nd: mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii)Yasin 3rd: mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
sakadar berkongsi ilmu yang kuperolehi dari lecturer ku.. =)
AYAH
4 years ago
1 Orang Terasa Hati:
thanks for the info.
bsr rahmatnya..
smoga trcapai :)
Post a Comment