Monday, May 18, 2009

...Muslimah Itu...

Cerita Hati Cik Bee Dicoret Pada Monday, May 18, 2009

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.


Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...
Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman.

2 Orang Terasa Hati:

Miss Raidah mr.LKB on May 18, 2009 at 7:12 PM said...

btol2,
kdg2 serba salah dibuatnyer...

Cik Bee on May 23, 2009 at 10:36 PM said...

=D seb bek ada yang paham...

 

Cerita Hati Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez